~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)

Wanita dan Sifat Malu

Friday, March 18, 2011

Hari ini saya sangat MALU untuk menulis. Sangat MALU untuk berfikir tentang entry baru saya. Sangat MALU untuk menaip. Tetapi, oleh kerana saya rindukan keyboard lappy saya ni, saya ketepikan MALU saya itu.
"eh2, whats wrong kak atie?cam terkehel otak je. MALU ke MALAS??"

Okla, sebenarnya MALAS. hehe.. So,kawan2 sekalian, hari ni sebab saya sangat 'RAJIN' saya nak share artikel yang sangat2 menarik dari majalah Aniqah ni. Just luangkan masa untuk membaca yee... :)

Wanita dan Sifat Malu

Kebiasaannya kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah mula berputik.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

" Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan keatas mereka sifat malu " ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Wanita, walau apapun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik, ia akan dikagumi. Apabila berbuat jahat, ia diminati. Apabila memakai pakaian menutup aurat,ia dilihat menawan. Apabila berpakaian seksi, ia dilihat menggoda dan pelbagai lagi yang menarik perhatian.

Faktor inilah yang menyebabkan Allah s.w.t. mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.

Tetapi kalau seseorang wanita itu tidak tahu malu, tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata. Pedulikan pandangan orang lain. Tidak kisah kalau orang mengganggu bahkan akan merasa seronok, senang dan bahagia apabila berada dalam keadaan sebegitu.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

" Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu " ( Hadis Riwayat Bukhari )

Hadis ini adalah sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Barangkali, wanita hari ini tidak tahu malu atau kurang malu.

Inilah yang mendukacitakan kita. Wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, telah jatuh martabatnya menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu yang kian terhakis.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.
Hmm, panjang sangat ke u ols? terkial2 nak habiskan? Xpe, saya paham. Membaca ni memerlukan kesabaran, kesopanan dan kesusilaan.
Saya juga kadang2 takde rasa malu. Pegi kenduri kawen, tak MALU pun pi tambah nasik(sila jangan amalkan selalu). Tapi, sifat MALU memang saya akui sangat penting untuk kaum wanita. Kalau sebelum kahwin, dah pakai seksi meksi nanti dah kawen nak tunjuk ape lagi pada suami, kan?? contoh jelah..
Jadi, untuk teman-teman wanita saya (sila jangan salah paham)berpada2 lah dalam kehidupan kita ni ye.
Akhir kata dari propesor Atie, I lap u ol lahh..!!!

4 comments:

zamzura9311 said...

Baguih la blog hang nih...Abang baru ajer terperasan semalam. Teruskan update.

Cik Lyn said...

bestla entry hg ni atie....bagus2...teruskn memberi nasihat..n aku akn jd insan yg pemalu n mnjga tatasusila sbg anak dara..hee~

Atie Hameed said...

abg,bru nak perasan?sabo jela..hehe..ok,akan ati update selalu.. :)

Atie Hameed said...

tq cik lyn..moh le kite menjadi anak dara idaman malaya yeee...hehe