~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..



Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)

'Boleh Saya Bantu?'

Thursday, March 31, 2011

Assalammualaikum..


Adui penatnye saya hari ni.. Veri2 tired. Pagi2 sampai lib, terus tanam pokok bunge taik ayam dalam pasu. Tu pun cilok pokok mak saya. Nak buat macamane, pokok tu jelah pun yang senang hidup.. T_T

Then, siram pokok2 bunge saya yang 'alahai' tu. Sian, dah lame tak bersiram dengan penuh kasih sayang. Patutlah 'segar bugar' ya amat..

Then, sambung balik kerja2 susun buku yang tertangguh semalam. Eh cite pasal buku, kerja kat lib ni memang kene rajin baca buku tau.. Contoh,


" kak, ade tak novel2 yang seram bagai? "


atau,


" dik, ade tak buku pasal jahit2 baju ni?? "


atau,


" akak, adik saya suka buku pasal katak. Ade tak?? "


dan begitulah seterusnya..


Saya ni, memang dari azali suke baca buku. So, kire banyak jugaklah buku2 yang saya dah baca kat lib ni. Bila user datang cari buku, memang sedaya upaya saya akan cari sampai dapat! Sebabnya, saya cepat kesian dengan orang. ( dahla santek, baik hati plak tu... )


So, bila user datang cari buku secara tak langsung saya boleh rewind balik kepala otak saya ni samada buku tu ade atau tak. Eh, u ols jangan ingat lib saya kecik buku pun sikit tau. Ade lebih kurang 8000++ buah buku kat sini! Semua 'nakal2' belaka. hehe..


Ni nak cite plak pasal satu kejadian yang melibatkan seorang kanak-kanak dengan seorang remaja iaitu saya. Macam ni lebih kurang dialognye..


Budak : " acik, kakak saya nak pinjam novel cinta. Acik carikan boleh?? "


Saya : ( acik???? ) " Ok, tunggu jap acik carikan "


Dah puas godek2 rak buku tu, saya pun cop tarikh pulang & bagi novel tu kat kanak2 rebina tersebut.


Budak : " acik, betol ke ni novel cinta? "


Saya : " Yela sayang, betoi la tu.. "


Budak : " Tapi, nape kat sini tak tulis perkataan cinta pun???? "(sambil tunjuk kat cover novel tu)


Saya : " erkkk....."


Terdiam saya. Nak terang lebih2 kang jadi ajaran sesat pulak. So, saya bagi senyuman ikhlas sajelah.. (",)

Pemandu Wanita Berbahaya??

Tuesday, March 29, 2011

Hai semua..


Pagi ni rasa tak berapa nak sihat sangat. Last nite saya berdampingan dengan debu2 dan habuk. My mum buat sesi pembersihan bilik2. So, kena lah tolong kan?..

Dis morning, ade satu perkara yang menarik perhatian saya dalam paper Utusan Malaysia hari ini.


Ada sedikit bias disitu kan. Tapi, saya agak setuju 50-50 la dengan artikel tu. Wanita kan selalu dikaitkan dengan kesopanan & kesantunan tapi ' don't sangka in water no boya..'

Sesekali saya terserempak @ terselisih jugak dengan pemandu wanita ni. Dan ade jugak yang sikiiiitttt lagi nak 'tereksiden' dengan saya.

Tapi, agak tak best jugak la cakap wanita ni cuai di jalanraya. Bukan cuai @ suke2 hati nak bawak slow, tapi wanita ni kan lebih berhati2 daripada lelaki. Kadang2, taknak bawak laju2 sebab sayangkan kete yang baru beli tu. Lelaki pulak pedulik hape, lagi la nak tunjuk taring kan?

So, tak kiralah lelaki ke perempuan ke, berhati2 lah dijalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Tapi, janganle kome kome kaum wanita sekalian, parking kete sesadis ini yee.. wat malu kaum je.. huhu..

Pesanan khidmat masyarakat dari Cik Atie kite yang memang tak gheti bawak kete ponggggg... :)

Ikan buntal kesayangan saya.. (^_^)

Saturday, March 26, 2011

" hape?? cik atie bela ikan buntal?? "


Iyela, betol la tu. Saya ade bela ikan buntal ni. Comel sangat2. Kadang2 kuat makan jugak. Selera dia ya ampunnn mengalahkan godzila. Nak saya belanja makan yang mahal2 je, tak men la murah2 ni. Sabo jela...Spesis ikan buntal ni lain sikit dari yang lain. Dia kuat bodek, kuat merajuk, kuat makan, kuat nangis, kuat gelak dan macam2 kuat lagi la. Tapi saya sayang dia sebab dia manja lebih. hehe..

Laidees and jentelmen, inilah dia ikan buntal kesayangan cik atie kite.. jeng jeng jeng jeng.. " Hampeh.. buang masa aku je baca entry tak semenggah ni...!! "

Alaa.. janganlah marah u ols. Nak gurau sikit pun tak boleh. hehe..

Ekceli ni lah adik kesayangan saya. Anak bongsu dalam family. Shikin namenye, but we all panggil adik je. Die ade boipren tau, boipren die JAMBU sangat. La ni pun cam tergedik2 je nak kawen. ( Nampak gaya saya akan dilangkah bendul sekali lagi.. ) haha..

Eh2, adik yang lagi sorang tu pun saya sayang jugak tau..

Pendek kate, saya SAYANG semualahhhhh...!!!!

Dah setahun dah 'dia'...

Friday, March 25, 2011

Patutlah sejak 2 menjak 3 menjak ni tak berapa keruan. Rupenya, saya dah ter'miss' birthday someone.. Saya lupe die lahir 23hb mac, saya lupe nak wish sama dia, saya lupe.. saya lupe..!! Tulah, banyak sangat tengok RajaLawak..

Oklah. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Ulangtahun yang pertama buat BLOG saya yang tercinta..!! Patutlah macam merajuk je dengan saya kebelakangan ni. Nak upload gambo pun bukan men ngengada lagi die. Rupe2, merajuk.. Alala comeynye...

Nah amik kek sebijik, lepas ni jangan merajuk lagi tau.. Senyum sikit.. hehe ( macam mental je cik atie kite ni..taulah xdo boipren ) T_T

' Happy birthday to you..'

Happy birthday to you..

Happy birthday to my BLOG..

Happy birthday to you...'

It's Friday..!!




Salam Jumaat semua...

Entah kenapa 2 3 4 hari ni, saya dok mengulang tgok videoclip ni kat youtube. If u ols ade terbaca paper NST 23/3/2011 last wednesday punye, ade artikel about this girl.

' " Worst Song Ever " goes viral in Youtube '

Gila sadis title artikel ni. So, saya pun godek2 youtube sebab nak cari VC budak ni. Saya nak nasihatkan u ol u ol yang nak tengok VC ni, sila bawak teman karib anda bersama-sama. Sebab tak best gelak sorang2. Boleh la gelak together gether dan secara tak langsung merapatkan tali persahabatan. Tak gitu?? Nak tengok kat SINI pun boleh & leh baca komen2 yang penuh dengan sopan santun...

At first rasa biase2 je. Then dah 2 3 kali dengar, rasa teramat laaa kelako. Lyrics yang veri2 da 'umpphh' dan suara yang sangat2 'nice'. Maybe dis girl ade simptom 'bieber's wannabe' kot...

For me, lagu ni boleh jugak mengurangkan stress dalam kepala otak ni. Yela, sebab dok gelak je kan? Tapi, yang dah tengok tu, janganlah stress pulak. Anggap la sebagai hiburan. Even berjuta-juta orang dok kutuk dia, at least die dah glamer 1 dunia. Kome ada??? hehe...

Ok, stop cite merepek atie di pagi hari ni. Now, we move on to SUDUT ILMIAH plak ye..

Jumaat adalah penghulu segala hari kerana kemuliannya dan kelebihannya. Malah, banyak peristiwa agung berlaku pada hari Jumaat.
Banyak hadis menerangkan tentang kelebihan hari Jumaat misalnya hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud :

" Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) "

Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :

" Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah s.w.t. melainkan akan dikabulkan permintaannya." ( Hadis Riwayat Muslim )

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal dari hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah s.w.t. sesuatu kebaikan melainkan Allah s.w.t. memakbulkan doanya ataupun ia meminta Allah s.w.t. melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah s.w.t. melindunginya daripada kejahatan. " ( Hadis Riwayat Tirdmizi )

Jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Dikongsi dari SINI

p/s: maaf ye kalau saya tercampur adukkan hiburan dengan sudut ilmiah ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, ok..? Sayang korang laju-laju..!!

Projek baekkk punye..!!

Thursday, March 24, 2011

Assalammualaikum semua...

U ols suka tak beli baju yang dah siap jahit manik tu? Cantik kan? Saya pun suka sebab mata saya ni pantang sikit tengok bling-bling ni. Tapi, tak pernah beli pun baju2 camtu sebab takde size. huhu.. biaselah badan 'kurus'..

Last week saya cuti 2hari. So, sebab terlampau boring taktau nak buat ape, tangan ni mula la gatal-gatal nak menjahit. Ekceli saya tak pandai pun jahit baju, nak guna mesin jahit lagi laaaaa tak pandai. Tapi, alhamdulillah saya dikurniakan bakat menjahit manik ( ala, setakat jahit gitu2, budak2 pun gheti... ).

So, saya pun memulakan projek mega juta-juta ni. .

1stly, pilih baju. Hmm, baju merah hitam yang sangat santek itu telah dijadikan eksperimen-gila cik atie.
2ndly, cari manik. Manik memang byk pun kat rumah. Luckily, ade manik merah hitam. Tak payah beli dah.
3rdly, cari port baekk punye. Kerusi malas depan tv dah di-cop. ( Mak jangan kaco, ati nak tgok tivi... )
4thly, projek berjalan dengan lancar. Air botol dikanan, remote tivi dikiri. Ok bereh..

Saya dengan tekunnya, telah berjaya mencorakkan satu pattern yang saya sendiri pun tak paham. ( Ah gasaklaaaa.. asal ade bling2.. ) Even my mum cuba menjatuhkan semangat saya dengan berkata sambil gelak2, " nanti jalan bongkok je sebab berat manik.." .. Takpe2, tak kesaaaahhhh pun........

Tadaaaa... Inilah hasilnya.. Ni namenye corak-berterabur-ala-ala-cik-atie. Tapi tak siap lagi sebab konsentrasi saya diganggu oleh cite2 yang agak best kat tivi. Nanti dah siap saya upload ek..

Jom makan durian..!!

Wednesday, March 23, 2011

.:eh2..meleleh pulak air liur ni...:.

Yeahhh..!!musim durian kembali lagi..!! dulu zaman budak2, saya kurang sikit dengan durian ni. Mungkin sebab baunye yang kuat giler tu. Then bila dah meningkat remaja ni ( remaja lagi tau..!! ) saya ni boleh la jugak dikategorikan sebagai hantu-durian-suam-suam-kuku sebab taklah extreme sangat.

Abah saya memang takde kebun durian pun, pokok durian nan sebatang pun takde kat rumah. So, if rase2 mengidam we ols just beli je. Mula2 musim memang mahal, contoh macam pagi tadi saya dan mak ke pasar n my mum beli durian 3bijik seploh hengget.. Mahai benooo.. Tunggu jelah dah nak habis musim kang, akan terjadilah lambakan durian..

Dolo2, my abah selalu beli sampai penuh bonet keta sebab die nak suruh my mum buat lempuk. My mum cakap lempuk boleh tahan bertahun2 n kalau simpan lama2 rasa die lagi sedap. Betol ke? Honestly, saya memang tak berkenan dengan lempuk ni ( eksen kau tie...hehe )

U ols nak tau? Every morning time nak gi keje je, sepanjang jalan mata saya dok melilau tengok pokok durian orang. Apekehenye tah saya ni.. huhu..

Berat berkilo-kilo...!!

Sunday, March 20, 2011

Wah2 tajuk entry tak boleh blah..!! hehe.. Cer cite cer cite cer cite..
Sepanjang cuti sekolah ni, dah 4 kenduri saya menghadirkan diri. Udah dijemput, kena la pegi kan?kan?kan? Jadi, sudah semestinya berat badan pun bertambah-tambah kilonyer. Kalau dulu berat 48kg (berat sebenar)tapi sekarang dah naik 50kg.. What to do.. T_T

Ahh, persetankan semua itu, janji dapat makan nasik minyak free ( ade ke yang berbayo?? ).. Moh la kita layan gambar2 kawen + tunang ni...
V
V
V

.:Yang ni majlis pertunangan Hakima. Grand nok bajunyer...!!:.

.:the next day, ke majlis perkahwinan safizan pulak.. Ni pun dok nyempit nak tangkap gambo.. btw, nice la kaler baju die..:.

.:then, its erni turn pulak nak bertunang..pun grand jugak bajunyer..suke suke..!!.:

Dan semalam saya dan rombongan-cik-atie-muke-wanted telah memenuhi jemputan majlis kahwin ex-schoolmates ( sebab bride n da groom tu 1 sekolah jugak ). Nice color theme, macam biase merah+putih jugak. ( dah 4kenduri kaler tema yang sama... )Ok, taknak cakap panjang ni la hasilnya...

.:Yat & Mus:.

.:Cantekkk...:.

Wanita dan Sifat Malu

Friday, March 18, 2011

Hari ini saya sangat MALU untuk menulis. Sangat MALU untuk berfikir tentang entry baru saya. Sangat MALU untuk menaip. Tetapi, oleh kerana saya rindukan keyboard lappy saya ni, saya ketepikan MALU saya itu.
"eh2, whats wrong kak atie?cam terkehel otak je. MALU ke MALAS??"

Okla, sebenarnya MALAS. hehe.. So,kawan2 sekalian, hari ni sebab saya sangat 'RAJIN' saya nak share artikel yang sangat2 menarik dari majalah Aniqah ni. Just luangkan masa untuk membaca yee... :)

Wanita dan Sifat Malu

Kebiasaannya kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah mula berputik.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

" Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan keatas mereka sifat malu " ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Wanita, walau apapun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik, ia akan dikagumi. Apabila berbuat jahat, ia diminati. Apabila memakai pakaian menutup aurat,ia dilihat menawan. Apabila berpakaian seksi, ia dilihat menggoda dan pelbagai lagi yang menarik perhatian.

Faktor inilah yang menyebabkan Allah s.w.t. mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.

Tetapi kalau seseorang wanita itu tidak tahu malu, tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata. Pedulikan pandangan orang lain. Tidak kisah kalau orang mengganggu bahkan akan merasa seronok, senang dan bahagia apabila berada dalam keadaan sebegitu.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

" Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu " ( Hadis Riwayat Bukhari )

Hadis ini adalah sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Barangkali, wanita hari ini tidak tahu malu atau kurang malu.

Inilah yang mendukacitakan kita. Wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, telah jatuh martabatnya menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu yang kian terhakis.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.
Hmm, panjang sangat ke u ols? terkial2 nak habiskan? Xpe, saya paham. Membaca ni memerlukan kesabaran, kesopanan dan kesusilaan.
Saya juga kadang2 takde rasa malu. Pegi kenduri kawen, tak MALU pun pi tambah nasik(sila jangan amalkan selalu). Tapi, sifat MALU memang saya akui sangat penting untuk kaum wanita. Kalau sebelum kahwin, dah pakai seksi meksi nanti dah kawen nak tunjuk ape lagi pada suami, kan?? contoh jelah..
Jadi, untuk teman-teman wanita saya (sila jangan salah paham)berpada2 lah dalam kehidupan kita ni ye.
Akhir kata dari propesor Atie, I lap u ol lahh..!!!

Ke'sensitif'an Kita

Tuesday, March 15, 2011

Saya pasti ramai yang dah baca berita mengenai tsunami di Jepun last week kan? Walaupun berkilo2 jarak kita dengan Jepun, tapi saya tumpang sedih dgn tragedi ni. Terimbas kembali la masa tsunami kat Acheh dulu. Masa tu, saya still kt Arau, Perlis. Weekend plak tu.

Time tengah tido, member kol. Then tengah cakap2 tu, tiba2 saya rase katil saya bergoyang. Dah la dok tingkat paling atas. Saya intai bawah katil kot2 ada mambang nak kaco saya, tapi takde pulak. 2 3 minit la jugak goyang2 sampai naik pening saya. Last2 dah petang baru la tau rupenye ade tsunami ( rase2 1st time dengar perkataan tsunami tu.. )

Ok stop cite pasal pengalaman saya tu. Ni nak cite pulak ade la malaun sekor 2 yang takde perasaan sensitif langsung pasal tragedi ni. U ols kenal kan dengan pelakon Fizz Fairuz tu? Ala, yang berlakon jadi ustaz aidil dalam cite Nur Kasih tu. Dolo2 memang saya minat sikit dengan dia, tapi sejak dia tweet something about tsunami kat Jepun tu, terus saya menyampah kat dia.See, suka2 die je cakap orang bodoh. Orang tu just nasihat die je. Berapi betoi saya..!!
Wat ever? Apa panggilan yang sesuai untuk orang yang tak boleh terima teguran orang lain? Saya rase BODOH SOMBONG ok gak. If die ade manners, die sure akan cakap something like this, "thanks bro, i admit my mistake. Tak buat dahhhh.." lebih kurang la kot. So, saya rasa die kekurangan manners ( pi blajo lebih lagi dgn ustaz aidil yeee.. )

Ni lagi satu. Last week tengah saya baca paper Berita Harian tu, terjumpalah saya dengan kartun by Zoy yang memang tiap2 minggu ade disiarkan. Yang ni memang tak boleh blah punye kartun.

Ade ka patut? Sekali imbas memang la akan rase klako sebab 1st time saya tengok pun leh gak saya senyum sorang2. Tapi, as the time goes by memang akan rase marah tambah2 bila saya dah tengok video2 tsunami Jepun kat youtube. Ini pun saya anggap pelukisnye takde rasa sensitif.

But, Berita Harian pun dah keluarkan kenyataan permohonan maaf diaorang. Jadi, kita tak payah la nak terpekik melolong dah ye, bukan boleh bantu orang Jepun pun. Sekarang ni, doakanlah yang terbaik untuk mereka dan juga untuk kita.

Saya Yang Menurut Perintah

Thursday, March 10, 2011


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Usaha Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan perkhidmatan pinjaman buku dari pintu ke pintu bagi meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat desa tidak mencapai matlamat yang diharapkan.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati, daripada 1,089 perpustakaan desa yang beroperasi di seluruh negara, tidak sampai 10 peratus mencapai matlamat yang disasarkan menerusi kempen diperkenalkan tersebut.

Sedangkan peruntukan untuk membina 475 perpustakaan desa sejak 2005 melebihi RM150 juta, itu belum termasuk kos gaji kakitangan iaitu hampir RM24 juta setahun.Bakinya iaitu 614 perpustakaan desa lagi sebelum itu diletakkan di bawah peruntukan dan kendalian kerajaan negeri masing-masing.

Lebih menghampakan apabila purata nisbah pinjaman buku oleh kira-kira 1.3 juta ahlinya hanya 1:4 setahun berbanding nisbah bacaan buku kebangsaan yang dikeluarkan iaitu 1:8 hingga 12 buku setahun.

Dibandingkan dengan nisbah-nisbah tersebut, Malaysia sebenarnya masih jauh ketinggalan untuk mencapai tahap bacaan rakyat di negara-negara maju seperti ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 1:20 buah buku setahun.

Melihat perkembangan terbaru ini, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar adalah antara individu yang paling kecewa.

“Kita melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan aktiviti melibatkan masyarakat setempat untuk menarik minat mereka mendekati perpustakaan desa.

“Malangnya langkah ini belum lagi memberi kesan yang dikehendaki,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Malah beliau kesal langkah menerapkan budaya membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar menerusi kempen dari pintu ke pintu yang diuar-uarkan sebelum ini belum menampakkan kesan terbaik.

“Dalam Konvensyen Perpustakaan Desa di Johor Bahru pada 2009, kita telah menggariskan beberapa resolusi ke arah melahirkan masyarakat membaca termasuk perkhidmatan dari pintu ke pintu. Namun hingga kini matlamat yang kita sasar masih belum dicapai sepenuhnya,” kata beliau.

Antara faktor mengekang pencapaian tersebut ialah pegawai perpustakaan gagal melaksanakan peranan mereka dengan baik.

“Ada beberapa perkara yang sering ditimbulkan apabila membangkitkan isu kegagalan menjayakan perkhidmatan pintu ke pintu.

“Ini termasuklah soal kedudukan pegawai perpustakaan sebagai kakitangan kontrak, aspek keselamatan ketika menjalankan tugas dan elaun pengangkutan.

“Semua isu ini sedang kita perhalusi dan perbincangan juga sedang dijalankan bagi mengatasi segala kekangan yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, di sebalik kegagalan matlamat sebahagian besar perpustakaan desa tersebut, tidak dinafikan masih ada yang berjaya.

“Bukan semua perpustakaan desa gagal, ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang hasil komitmen pegawai dan kakitangannya. Sikap seperti ini yang seharusnya dijadikan contoh oleh mereka,” katanya


At first, sangat terkejut dan teruja bile benda ni keluar paper. Tapi lame2 rase menyampah la sangat2. Bak kate member saya yang muka die keluar paper dat day, " rase macam minum air sirap, tapi tak rase manis cume rase pahit ". Lebih kurang la..


Moh le kite jimat ayo

Kembali lagi kita dalam segmen khidmat masyarakat ye adik2. Hari ni kak atie nak kongsi cara2 nak jimatkan ayo @ air @ ayaq @ water.. Tapi entry kali ni dalam bahasa omputeh la, bukan ape kak atie pun cilok benda ni dalam paper NST so maleh la nak pi translate sebijik2 kan..( Tu le orang sekarang, sume nak harap gomen nolong tak pentingkan english edukesyen... )So, layankan jelah...

Here are 10 things you can do to reduce water usage in the house. Not only would you save money but you can also help reduce the pollution of lakes, rivers and watersheds.

1. Take short showers instead of baths. Get wet in the shower, turn it off to soap and then turn it back on to rinse off. ( janganla kome2 dok berkampung dlm bilik ayo pulak ye, siap nyanyi lagi.. sikit2 udah le... jangan disongsangkan tujuan anda itu.. )
2. Turn off the tap when shaving or brushing your teeth. Rinse hand razors in a filled sink rather than under running water. When washing your hair, turn off the water while lathering the shampoo. This simple little act can save 95 litres a month. ( ate ngapenye kome syampu rambut dlm sinki ni? gi la bilik ayo.. )
3. Use a bucket or official rain catcher to catch rain outside. Use rain water instead of water from the hose to water your garden. ( yang ni mak teman slalu buat.. kome tadah le ayo ujan kat luar rumah tu.. )
4. Don't run the dishwasher or laundry machine unless you have a full load. Skip the extra-long prewash and scrub cycles unless necessary. Do not use a garbage disposal except at the end of cooking or clean-up periods or when it is full. Even better, don't use the disposal at all. Compost vegetable peelings or put them in the garbage can. ( kat rumah teman, xde pulak benda alah dishwasher ni, sume pakei manual.. hehe )

5. In the kitchen, don't wash under a running tap. Instead, fill a container with water or use the sink. Wash all the vegetables for a meal at the same time. To dislodge particles of dirt, use a brush, washcloth or your hand rather than rely on the force of water to do so. After soaking fruit and vegetables, use the water for indoor plants. ( sungguh praktikal kan?kan?kan?.. teman pun tak penah buat.. huhu.. )

6. Keep a bottle of water in the refrigerator for drinking rather than drink from the tap. Use only the minimum amount of water needed for cooking. When filling the kettle, try to estimate the actual amount needed. ( yang ni teman pasti sume rumah ade buat kan?kan?.. )

7. Water the lawn only when necessary. Do this in the early morning to avoid rapid evaporation. Use drip irrigation or soaker hoses because these apply water slowly and directly to the soil. ( mak teman memang rajin le siram pokok, time ujan pun die siram.. huhu.. )8. Check for leaky pipes and faucets. That little drip simply means water and money going down the drain. ( betoi2.. paip bocor tu ibarat poket bocor le... )

9. Soak pots and pans before washing. After a couple of hours, the sticky residue will wash away easily. ( mak teman memang pantang beno kalau teman maleh rendam kuali @ periuk.. yela, teman memang maleh pun.. )
10. Use a sponge and bucket when cleaning your car. If you use the hose, fix a shut-off nozzle so the water is not constantly running. You can also wash your car on the lawn and water the grass at the same time. ( takpun ye adik2, moh le contohi kak atie yang basuh moto setahun 2 3 kali jerrrr... )

Cara yang sungguh senang kan adik2?? Jadi jimatlah ayo kat rumah tu, bukan u oll's yang bayo kan? Makpak kome gak yang bayo.. ( nasihat untuk diri sendiri juge.. hehe.. )

Taken from HERE

Healthy Comes First

Wednesday, March 9, 2011

Satu kajian yang telah dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya 3 sentimeter(cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi 3jam berterusan.

Menurut kajian lain yang dilakukan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7cm memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
.:sebagai contoh..17cm heels..:.
Lebih mengejutkan apabila sesetengah rekabentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit'.

Keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai 'visceroptosis' dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita yang memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui 'mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran.

Menurut kajian yang sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak didalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

.:sapa yang design ni???bek ngaku cepat..!!!..:.

Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg sandang belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara seimbang pada kedua-dua belah bahu.

.:kan ke comey if bawak beg cenggini kan?kan?kan?...:.

Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu. Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg dibawah jika ada kesempatan.

Jadinye, Cik Atie nak nasihatkan la kome2 yang obses dgn heels ni, tak salah nak bergaya tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri ok?

* Article taken from Harian Metro *

Kami wanita biasa

" ..I said I wouldn't call, but I lost all control and I need you now.. " - Lady Antebellum

Rasenya tak terlambat lagi saya nak ucap SELAMAT HARI WANITA untuk semua wanita2 seluruh donia. Ekceli, saya tak tau pun semalam adalah hari wanita sedunia. Bila dengar radio barulah tau.. ( pity me..)

And yang bestnye, semalam adalah hari yang sangat best bagi saya & mak. We all ke teluk intan semalam for money-thing at kwsp..hehe.. My mom dah cukup umo, so we need to settle the business lah..

Alhamdulillah, nextweek my mom akan jadi OKB laa. wah syoknye.. Saya pun amik kesempatan(bukan nak bodek2 my mom ek..)checking my balance sheet la.

Alhamdulillah once again. Dah beranak pinak dah $$ saya kat kwsp tu. Dah cecah puluhan ribu pun(bile nak juta2 ni??..) My abah sampai terkejut gak la sebab saya keje pun baru 3thun lebih. Ini la namenye rezeki kan..:)
.:name pun sulit & persendirian kan? So mne leh tunjuk..hehe..:.

Dah setel semua urusan, my mom nak naik menara condong tu tapi my abah tak kasi. Instead, die nak belanja kitaorang makan. So, antara menara dengan makan, of coz la we all pilih MAKAN.. huhu
After that, sesi cam-whoring pun bermula...

.:menara condong teluk intan..tang mane condong tu, saya pun taktau..:.

.:menara ni bukan condong cenggitu ye, yang ni sebab saya yang senget..:.

.:nextime kene naik benda alah ni...:.

p/s: Tak tau dah nak tulis ape so i'm wishing u SELAMAT HARI WANITA... Moga menjadi wanita solehah.. :)

Oh..Perlu kerrr??

Sunday, March 6, 2011

" ..so wake up your mind..or else you never know.." - Bittersweet
Sambil2 menunggu user datang library ni, meh saya nak cita la kat kome2 sekalian perihal artikel yang saya baca semalam kat paper Berita Harian ni.
Dalam sisipan EPG, ada la terselit kisah pemain2 bola jaring dengan titlenya " BUKAN GEDIK".

.:sila tahan nafas masing2...:.

See.. mana ada gedik kan.. Ok je saya tengok gambo tu. Setakat tonggek sana sini 'ok' lagi tu. Skirt tu pun bukan 'pendek' pun. Ok la tu.

Kalau saya tak nampak bola yang dieorang pegang tu, sah2 saya ingat ni gimnas or pompom girl-whatever. Tapi kan, budak2 ni tak salah pun. Yang salah tu potograper ( "eh eh aku pulak.." kate si potograper.. )

Sejak bila ye permainan bola jaring ni dah jadi macam game skirt-aku-lagi-pendek-dari-u-ols??? Ataupun persatuan2 ni takde bajet nak beli kain lebih?? Ada aku kisah? Ekceli yang ni memang saya ada kisah sikit la.

Teringat lagi last year rasenya saya layan netball tournament kat Astro Arena. Bukan international tournament pun, peringkat kebangsaan je. Player pun 90% malay n otomatik Islam la kan. Tapi, pakai skirt macam nak pi nite club..!! Masya-Allah... Tambah2 time melompat, nak terjojol sume pungkoq2 ( sori, terkasar bahasa pula saya.. )

If saya yang memang dah sah2 pompuan(melayu terakhir)ni tak boleh concentrate tengok game, apatah lagi penonton lelaki yang tengok (samada memang minat netball atau 'tertekan' channel tu atau minat 'benda' tu jerr... )

Jadinya, sesiapa yang terlibat dalam 'industri' ini, silalah buka mata dan juga hati anda.

.:yang ni la ok..walau berpanas pun aurat tetap dijaga..:.

.:nak lagi extreme?contohilah adik2 kita yang comey2 belako ni..:.

p/s : Cik Atie bukanlah nak ceramah pasal aurat2 ni (saya manusia biase tetap tak sempurna ) atau nak kondem bdak2 tu tapi saya percaya pada istilah 'don't judge a book by its cover'.. Tak salahkan nak saling mengingati sesama kita??




Ade bawang disebalik tomato (peribahasa baru...)

Friday, March 4, 2011

" Do you know where your heart is? Do you think you can find it? " - One Republic

Assalammualaikum kawan2..

Semalam time saya melawati fesbuk seorang rakan, terjumpalah saya dengan satu gambar ni. Gambar semasa majlis pertunangan kawannya. Salah satu hantaran yang diberi ialah sebakul SAYUR-SAYURAN. Pelik tak? Saya rasa tersangatlah pelik sebab seumo hidup tak pernah lagi tengok orang bagi hantaran sayur ni.
.:see..macam2 ade..timun kalau buat ulam sedap tuh..:.

Jadinya, otak pun start berpikio lah. Adakah ada maksud yang tersirat di sebalik semua ini? Atau sekadar ingin mengimbau kembali zaman nenek moyang kita dulu2? ( bak kate mak kawan saya, buah durian tu pun orang pernah buat hantaran tau..!! )

Tapi, pada pendapat saya yang 'ado' ni kan, maybe pihak lelaki mahukan seorang menantu yang boleh atau bahasa glamernye terer beno memasak di dapur ( jangan terer makan je macam cik atie ni.. )

Mungkin juga kan? Jadi secara tak langsung, pihak pompuan kenalah paham2 sendiri ye. Orang takkan kasi hantaran sayur ni suka2 je (sayur mahal tau sekarang ni...)

p/s : sayur2 tu boleh buat stok 4 5 hari tau.. hehe..



Mi Hailam Cik Lela

Thursday, March 3, 2011

.:oh sedapnyeeeeee....:.
Dulu2 kan saya suka sangat makan mi hailam cik lela ni. Memang feveret la. Time petang2 mula la ke kedai cik lela ngan member merangkap neigbour saya ni.

Kedai cik Lela ni taklah jauh benau pun dari rumah saya. Dulu jalan kaki je ( yela budak lagi, mane leh bawak moto ) tapi sekarang ni rempit jelah.

Alkisahnya, saya memaaaaaaangg dah lama tak makan mi hailam cik Lela ni. Tak ingat la tahun berapa last makan tapi yang pasti masa tu saya tak habis sekolah lagi.

So, imagine la betapa pelahapnya saya makan semalam sebab terlalu teruja gila nak makan. Tetap rase mi yang same & bungkus pn still pakai paper lama lagi. So old school.. :)

Si Kembar : Nina & Sara

Wednesday, March 2, 2011

" semua menjadi tanda tanya bila hatiku tak keruan..." - Laila's Lounge

Hari ni ade tajuk artikel akhbar paling saya suka bila baca which is pasal twins ataupun kembar. Anda boleh baca kat SINI

Family saya antara mereka yang bertuah la sebab ade kembar dalam keluarga. Lagi2 kakak saya, memang bertuah sangat2 lah.. Jadinye, setelah dapat anak sedara kembar ni secara tak langsung impian saya bertambah lah lagi satu. Saya pasti anda semua pun mesti teringin anak kembar kan? Kata orang, nak dapat kembar ni mesti ikut keturunan jadi harap2 melekat la kat saya. hehe..

.:nina & sara..permata hati kami..:.

Cik Atie kite dah dipinang orang?? jeng..jeng..jeng..

Skuad gosip-tak-boleh-blah baru saja menerima berita yang hangat lagi gempar. Cik Atie anak pakmid dilaporkan telah menerima lamaran seorang teruna yang hencem tak hengattt.. Majlis itu telah berlangsung dengan jayanya selama 40hari 40malam tanpa henti (boleh buat rekod dunia ni..) Cik Atie telah menerima lebih kurang RM2 juta duit hantaran (tak lebih tak kurang ) dan 50dulang hantaran ( sume grand2 punyelahhh..)

Dikhabarkan majlis perkahwinan akan diadakan dalam masa terdekat ini. Semasa ditanya wartawan gosip bilakah majlis akan berlangsung, ini jawapan Cik Atie kiterrr..

" Saya sangat berbesar hati kerana encik2 wartawan semua hadir pada hari bersejarah saya ni. Tak sia2 saya remind encik2 semua hari2 yeee.. Oh gembiranya sayeeeee.. Hmm, bila cite saya nak keluar magazine u ols???? "


Wartawan kami sekali lagi mengulangi soalan cepugangsa mengenai tarikh majlis dan berikut jawapan Cik Atie..

" Majlis ni saya nak buat lagi grand dari u ols pernah bayangkan. Saya nak lawan majlis Datuk Siti tu tak pun majlis kawen Ayu Raudhah dengan hmm u know who.. Saya nak buat konsep angkasa+taman+english style+tradisional and so on laa.. Saya nak jemput PM, TPM dgn menteri2 kabinet sekalian. Sultan2 pun saya nak jemput.. Artis feveret saya dari Zimbabwe tu pun saya nak booking utk perform nanti.. bla..bla..bla..bla..bla.. Well, bila cite saya ni nak keluar magazine u olsssss???? "

Oleh kerana Cik Atie kite ditimpa penyakit ke'excited'an yang melampau, kami terpaksa sudahi interview tersebut dengan kata2 ' ADA AKU KISAH'..

Sekian, terima kasih....



Topik Feveret Saya

Tuesday, March 1, 2011

Topik kawen lagi?kamu bior bebeno tie...hehe
Yelah, ini saja la modal saya dalam usaha untuk memenuhkan entry2 bulanan saya. (tak masuk akal betol laaa..)


Last sunday, saya memenuhi jemputan kawen adik kepada classmate saya dulu. Dah orang jemput, kena la menghadirkan diri kan? Lagipun, nasik minyak dia sedap sangat2..!!!


Dan seperti biase, saya dan cik iza lah muka 'wanted' di kenduri kahwin. hehe
Malas dah nak cakap ape2.. Layan jela gambo2 ni..

.:saya ngan pengantin...:.

.:of coz la cik iza kite kaki cam-whoring jugak..:.

.:cik tie rase2 kan, tahun ni mmg tema MERAH memanjang..:.

.:satu lagi kegemaran anak dare 2orang ni..BERANGAN tak hengatt...:.

.:cik iza kite tengah praktis bersanding sbb tak lame lagi turn die pulak..:.

.:pelamin nan indah..:.
p/s : Saya rasa blog saya ni dah macam blog kedai pengantin pulak. hehe