~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)

It's Friday..!!

Friday, March 25, 2011




Salam Jumaat semua...

Entah kenapa 2 3 4 hari ni, saya dok mengulang tgok videoclip ni kat youtube. If u ols ade terbaca paper NST 23/3/2011 last wednesday punye, ade artikel about this girl.

' " Worst Song Ever " goes viral in Youtube '

Gila sadis title artikel ni. So, saya pun godek2 youtube sebab nak cari VC budak ni. Saya nak nasihatkan u ol u ol yang nak tengok VC ni, sila bawak teman karib anda bersama-sama. Sebab tak best gelak sorang2. Boleh la gelak together gether dan secara tak langsung merapatkan tali persahabatan. Tak gitu?? Nak tengok kat SINI pun boleh & leh baca komen2 yang penuh dengan sopan santun...

At first rasa biase2 je. Then dah 2 3 kali dengar, rasa teramat laaa kelako. Lyrics yang veri2 da 'umpphh' dan suara yang sangat2 'nice'. Maybe dis girl ade simptom 'bieber's wannabe' kot...

For me, lagu ni boleh jugak mengurangkan stress dalam kepala otak ni. Yela, sebab dok gelak je kan? Tapi, yang dah tengok tu, janganlah stress pulak. Anggap la sebagai hiburan. Even berjuta-juta orang dok kutuk dia, at least die dah glamer 1 dunia. Kome ada??? hehe...

Ok, stop cite merepek atie di pagi hari ni. Now, we move on to SUDUT ILMIAH plak ye..

Jumaat adalah penghulu segala hari kerana kemuliannya dan kelebihannya. Malah, banyak peristiwa agung berlaku pada hari Jumaat.
Banyak hadis menerangkan tentang kelebihan hari Jumaat misalnya hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud :

" Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) "

Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :

" Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah s.w.t. melainkan akan dikabulkan permintaannya." ( Hadis Riwayat Muslim )

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal dari hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah s.w.t. sesuatu kebaikan melainkan Allah s.w.t. memakbulkan doanya ataupun ia meminta Allah s.w.t. melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah s.w.t. melindunginya daripada kejahatan. " ( Hadis Riwayat Tirdmizi )

Jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Dikongsi dari SINI

p/s: maaf ye kalau saya tercampur adukkan hiburan dengan sudut ilmiah ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, ok..? Sayang korang laju-laju..!!

2 comments:

qistina said...

no wonders laa all my frenz were talking bout dis vid..
hahaha..

Atie Hameed said...

haha..girls cam u ols suke la tu..huhu