~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Atie si Perindu Cucur Bawang

Friday, April 15, 2011


Assalammualaikum dan salam jumaat kawan2 ku sekalian..

Arini nak cite kesinambungan(tu diaaa..)cerita semalam masa saya berpoya-poya ke N.9. As usual, kalau ke sana, saya memang selalu singgah MPH Bookstore kat Giant tu. Misi saya kali ini nak membeli novel abang Ramlee kite tula. Even novel ni memang dah lama publish(1st published 2005 if not mistaken laa..), saya tetap nak beli jugak sebab saya tak baca lagi. Lantak teman le dakk.. hehe..

Inilah novelnyerrrrr.....
Novel ni saya tak habis baca lagi. Saya baca sebelum tido, tu pun 3 4 helai je. Patutlah lambat nak habiskan. hehe.. kalau nak baca sinopsis novel Rahsia Perindu ni dan novel2 abang Ramlee yang lain KLIK SINI ok.. kalau rase2 nak pinjam koleksi novel abang Ramlee kat saya pun, no hal je.. datang rumah @ library ok.. (khas utk penduduk Besout jerrrr...)

Selain dari novel abang Ramlee ni, saya baru je habis baca satu lagi novel yang agak menarik yang dipinjam dari budak Huda yang comey lote tu. Baik hati sungguh budak ni.. hehe.. Kalau saya ade adik laki, dah lame saya tolong usha kan.. hahaTajuk novel ni Cucur Bawang & Kopi 'O' by Hasrudi Jawawi.. Dah jadi trend sekarang ni, tajuk novel mesti nak yang pelik2. Mungkin nak tarik perhatian remaja2 macam saya kot..(kunun...) Nak baca sinopsis? KLIK SINI k..So, sape2 yang nak bace tu, pegilah ke kedai buku berhampiran ye sebab jalan cerita yang memang best dan kenalah dengan jiwa remaja u ols tu... :)

Fantasi Saya

Friday, February 18, 2011


"duit ade ke takde, tak kire kak ti nak beli jugak...!!!"

Ayat ugutan tak bleh blah untuk diri sendiri. Sian adik saya si ana tu yang terpaksa dengaq bebelan saya.

Beli ape tu cik tie? Ekceli mase kat N9 haritu, sempat la saya menyelinap ke MPH @ Giant Senawang. Dan tak disangka2 terjumpa la novel terbaru dari abang ramlee which is " RAYYAN FANTASI ".

Biaselah, sekarang ni kan tengah bulan jadi saving pun ala kadar jela. Bil pun ade yang tak bayo lagi, tapi saya tak kisah semua tu. Peduli hape, saya nak beli jugak..(beli la tie, takde sape pun nak halang...) hehe

.:akhirnya...kau didalam genggaman tanganku jua...:.

Jadinye, saya sangat seronok la sekarang ni. Bertambah lagi collections saya. Tapi, cite ni cam ala-ala seram gak. Nak baca malam2 pun terasa meremang je bulu roma. But, u r the best la Abang Ramlee...!!!

Saya dan dot dot dot tak dapat dipisahkan....

Friday, February 11, 2011

"..and when I touch u I feel happy inside.." - The Beatles
Semasa dizaman kanak2 dulu, saya pernah juga berangan nak keje kat kedai buku. Entah kenapa.. Mungkin sebab pengaruh abah saya. Dari zaman saya kecik sampai ke zaman dah beso ni, setiap hari abah akan beli suratkhabar, jarang miss. Mungkin sebab kami dah diasuh membaca sejak kecik, jadi logik la angan-angan saya tu.

Walaupun saya tak keje kedai buku, Alhamdulillah sumber rezeki saya berkaitan juga dengan buku ni. Dulu time sekolah kalau nak exam je, mule le menapak ke library ni and now tak sangka pulak boleh keje kat sini. Ape2 pun syukur Alhamdulillah..

Dari dulu saya memang suka baca novel, tak kira la genre ape pun. Dulu my sis yang selalu beli, saya tumpang baca je. Now jarang beli sangat sebab kat library pun macam2 novel ade..(sangat suka..!!!)

.:novel2 kesayangan saya:.

Sekarang ni feveret author saya of coz la RAMLEE AWANG MURSHID. Saya pun tak berapa nak ingat start bila saya minat dengan dia. 1st novel dia yang saya baca SATU JANJI which is tersangatlah best. Starting from there, saya pun mula lah nak buat collections novel2 dia tu. Oleh kerana di library novel Abang Ramlee ni tersangatlah sikit and di Besout takde toko buku, jadi collections saya taklah extreme sangat. huhu

Now saya beli novel pun dalam 1 @ 2 bulan sekali bila2 saya ke N9. Tapi ada untung juga keje library ni, budak2 yang datang sini selalu kasi saya pinjam novel deme. Malam tadi saja saya dah habiskan 1 novel yang dipinjam dari Huda (budak ni sanggup datang rumah saya semata-mata nak bagi novel..Oh terharunyerrrrr..)

.:Ku Percaya Ada Cinta by Rudy Hirdy:.

Mari kita mulakan sesi kritik mengkritik ye. Bagi saya cite die memang best, jalan cite pun ok. Gaya bahasa yang tidak terlalu rumit. Cume.... meleret-leret sangatla cite ni(sori bang rudy..). Saya punyala tak sabo nak habihkan sampai terpaksa la skip 10 @ 20 pages. haha.. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi kalau baca novel yang lebih 500 pages ni. Jadi saya nasihatkan kalau anda mempunyai masa lapang yang tersangatlah lapang, bacalah ini novel. Sekian... :)