Assalammualaikum,
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha penyayang..
Tanggal 14 Februari 2014, saya telah kehilangan insan yang saya sayang dunia akhirat iaitu abah saya, Abdul Hamid bin Ismail.
Disaat mungkin seluruh dunia merayakan sambutan hari kekasih, kekasih dunia saya di jemput Ilahi..Alhamdulillah di pagi Jumaat yang mulia.
Tiada kata-kata yang dapat saya ungkap. Bagai tersentak dari lena yang panjang. Betapa mahalnya harga yang perlu dibayar untuk saya kembali ke jalan Allah SWT.
Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Saya bagaikan hilang tempat bergantung. Kawan bergurau, kawan bergaduh. Peritnya rasa hati bagai dihiris-hiris.
Tapi, tersedar saya bahawa semua ini dah ditakdir Allah. Abah pergi dihadapan kami, anak-anak dan mak. Bacaan yassin tak pernah putus sejak abah di ICU.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi kami kesempatan itu. Terima kasih kerana memberi kami masa untuk bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Syukur Ya Allah, syukur.
Abah, walaupun atie tak pasti samada abah dengar atau tak masa abah koma, atie ucapkan jutaan terima kasih yang terhingga kerana membesarkan atie.
Atie minta ampun jika ada perlakuan yang tidak menyenangkan abah. Jika masa boleh diundur, atie akan ambil balik masa 2 minggu kita tak bertegur sapa atas satu perselisihan faham yang sekecil anak itu.
Jikalau atie tahu abah akan pergi.........
0 comments:
Post a Comment