~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)
Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts
Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts

Risiko Penyakit Akibat Menonton TV Berlebihan

Thursday, April 21, 2011

Melbourne : Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, berkemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.

Kajian oleh Penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia 6 tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai 'arteri yang menyempit di belakang mata mereka'.

Ini meningkatkan peluang mereka untuk menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan semalam.

Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 7 tahun dari sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian ini.

Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.
Baca lebih lanjut disini

Komen Cik Atie kite...


Hmm, ade betol jugak kajian tu.. Budak-budak ni kalau tengok tivi, for sure la kopok kiri kanan. Mane la tak obesiti kan? InsyaAllah diabetes pun akan tersangkut sekali.. Tapi, bukan budak2 je wat perangai tak semenggah ni, remaja macam saya pun sama je 2x5.. hehe..

Karnival Jom ke Felda

Friday, April 1, 2011


Mari adik mari kakak mari abang.. Rapat2.. Cik Atie nak kabau berita gumbira ni.. !!

If weekend ni u ol u ol takde keje, boring dok kat rumah, cite kat tivi tak best, mak ajak makan kenduri tapi u ol wat dono jeww, so marilah beramai-ramai memeriahkan karnival ni ekk..

Aturcara karnival seperti di bawah.. :

Sabtu ( 2/4/2011 )

- Pendaftaran pertandingan mewarna ( 9.30 - 10am )

- Pertandingan mewarna Pra & Kemas ( 10am - 12pm )

- Pertandingan pakaian beragam bawah 12thun ( 12.30pm - 2pm ) <--- teringin gak nak masuk... :)

- Pendaftaran Felda Got Talent ( 11.30am - 12.30pm )

- Pertandingan Bintang Kecil ( 11am - 11pm )

- Persembahan Rajalawak dan rakan-rakan ( 11am - 12pm ) <---- feberet cik atie ni.. (~_~)""

- Pertandingan Mencari Bakat Dewasa ( 3pm - 6.30pm )

- Persembahan Polis Bantuan Felda ( 4.30pm - 5.30pm )

- Persembahan Rajalawak dan rakan-rakan ( 3pm - 6.30pm )

- Sukan Rakyat ( 5.30pm - 6.30pm )

- Nyanyian Lagu Semai Bakti ( 8.45pm - 9pm )

- Perasmian Karnival Jom ke Felda ( 9pm - 9.30pm )

- Sesi Bersama Peminat ( 9.30pm - 11pm )


Ahad ( 3/4/2011 )

- Pendaftaran pertandingan memasak ( 9.30am - 10am )

- Pertandingan memasak ( 10am - 12.30pm )

- Program Kasih Generasi ( 10.30am - 12pm )

- Felda Got Talent ( 10.30am - 5pm ) <--- ala ala america's got talent la kot...

- Pertandingan Mencari Bakat Dewasa ( 11.30am - 5pm )

- Pertandingan Bintang Kecil ( 11.30am - 6pm )

- Auto Show Kereta-kereta Mini ( 12pm - 6.30pm )

- Persembahan Rajalawak dan rakan-rakan ( 2pm - 6.30pm )

- Pertandingan Gubahan ( 2pm - 3.30pm )

- Persembahan Motoshow bersama Modenas ( 4pm - 5pm )

- Sukan Rakyat ( 5pm - 6.30pm )

- Persembahan Juara mencari bakat / Bintang Kecil ( 8.45pm - 9.15pm )

- Nyanyian Lagu Semai Bakti dari Generasi Felda Besout 3 ( 9.45pm - 10pm )

- Penyerahan Simbolik kepada RGM & ucapan Presiden PUGFM ( 10pm - 10.30pm )

- Persembahan dari Rajalawak dan artis-artis jemputan ( 10pm - 11pm )


Karnival akan diadakan bertempat di PADANG AWAM FELDA GUNUNG BESOUT 3 (dalam ertikata yang lain, dekat dewan futsal laaaa). Bagi yang suke soping menyoping, don wori be epi sebabnye memang banyak la khemah2 jualan kat situ. So, boleh la 'derma' $$ ditempat tersebut yeeee... :)

Karnival ni dianjurkan oleh PUGFM (Persatuan Usahawan Generasi Felda Malaysia) dan ditaja/disokong oleh DIGI, Sinar Harian, Muzikfm, Utusan Malaysia, Modenas, PAMA, SilkyGirl, Pennzoil, MAMEE, BSN, LimKokWing University dll...

Pemandu Wanita Berbahaya??

Tuesday, March 29, 2011

Hai semua..


Pagi ni rasa tak berapa nak sihat sangat. Last nite saya berdampingan dengan debu2 dan habuk. My mum buat sesi pembersihan bilik2. So, kena lah tolong kan?..

Dis morning, ade satu perkara yang menarik perhatian saya dalam paper Utusan Malaysia hari ini.


Ada sedikit bias disitu kan. Tapi, saya agak setuju 50-50 la dengan artikel tu. Wanita kan selalu dikaitkan dengan kesopanan & kesantunan tapi ' don't sangka in water no boya..'

Sesekali saya terserempak @ terselisih jugak dengan pemandu wanita ni. Dan ade jugak yang sikiiiitttt lagi nak 'tereksiden' dengan saya.

Tapi, agak tak best jugak la cakap wanita ni cuai di jalanraya. Bukan cuai @ suke2 hati nak bawak slow, tapi wanita ni kan lebih berhati2 daripada lelaki. Kadang2, taknak bawak laju2 sebab sayangkan kete yang baru beli tu. Lelaki pulak pedulik hape, lagi la nak tunjuk taring kan?

So, tak kiralah lelaki ke perempuan ke, berhati2 lah dijalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Tapi, janganle kome kome kaum wanita sekalian, parking kete sesadis ini yee.. wat malu kaum je.. huhu..

Pesanan khidmat masyarakat dari Cik Atie kite yang memang tak gheti bawak kete ponggggg... :)

Moh le kite jimat ayo

Thursday, March 10, 2011

Kembali lagi kita dalam segmen khidmat masyarakat ye adik2. Hari ni kak atie nak kongsi cara2 nak jimatkan ayo @ air @ ayaq @ water.. Tapi entry kali ni dalam bahasa omputeh la, bukan ape kak atie pun cilok benda ni dalam paper NST so maleh la nak pi translate sebijik2 kan..( Tu le orang sekarang, sume nak harap gomen nolong tak pentingkan english edukesyen... )So, layankan jelah...

Here are 10 things you can do to reduce water usage in the house. Not only would you save money but you can also help reduce the pollution of lakes, rivers and watersheds.

1. Take short showers instead of baths. Get wet in the shower, turn it off to soap and then turn it back on to rinse off. ( janganla kome2 dok berkampung dlm bilik ayo pulak ye, siap nyanyi lagi.. sikit2 udah le... jangan disongsangkan tujuan anda itu.. )
2. Turn off the tap when shaving or brushing your teeth. Rinse hand razors in a filled sink rather than under running water. When washing your hair, turn off the water while lathering the shampoo. This simple little act can save 95 litres a month. ( ate ngapenye kome syampu rambut dlm sinki ni? gi la bilik ayo.. )
3. Use a bucket or official rain catcher to catch rain outside. Use rain water instead of water from the hose to water your garden. ( yang ni mak teman slalu buat.. kome tadah le ayo ujan kat luar rumah tu.. )
4. Don't run the dishwasher or laundry machine unless you have a full load. Skip the extra-long prewash and scrub cycles unless necessary. Do not use a garbage disposal except at the end of cooking or clean-up periods or when it is full. Even better, don't use the disposal at all. Compost vegetable peelings or put them in the garbage can. ( kat rumah teman, xde pulak benda alah dishwasher ni, sume pakei manual.. hehe )

5. In the kitchen, don't wash under a running tap. Instead, fill a container with water or use the sink. Wash all the vegetables for a meal at the same time. To dislodge particles of dirt, use a brush, washcloth or your hand rather than rely on the force of water to do so. After soaking fruit and vegetables, use the water for indoor plants. ( sungguh praktikal kan?kan?kan?.. teman pun tak penah buat.. huhu.. )

6. Keep a bottle of water in the refrigerator for drinking rather than drink from the tap. Use only the minimum amount of water needed for cooking. When filling the kettle, try to estimate the actual amount needed. ( yang ni teman pasti sume rumah ade buat kan?kan?.. )

7. Water the lawn only when necessary. Do this in the early morning to avoid rapid evaporation. Use drip irrigation or soaker hoses because these apply water slowly and directly to the soil. ( mak teman memang rajin le siram pokok, time ujan pun die siram.. huhu.. )8. Check for leaky pipes and faucets. That little drip simply means water and money going down the drain. ( betoi2.. paip bocor tu ibarat poket bocor le... )

9. Soak pots and pans before washing. After a couple of hours, the sticky residue will wash away easily. ( mak teman memang pantang beno kalau teman maleh rendam kuali @ periuk.. yela, teman memang maleh pun.. )
10. Use a sponge and bucket when cleaning your car. If you use the hose, fix a shut-off nozzle so the water is not constantly running. You can also wash your car on the lawn and water the grass at the same time. ( takpun ye adik2, moh le contohi kak atie yang basuh moto setahun 2 3 kali jerrrr... )

Cara yang sungguh senang kan adik2?? Jadi jimatlah ayo kat rumah tu, bukan u oll's yang bayo kan? Makpak kome gak yang bayo.. ( nasihat untuk diri sendiri juge.. hehe.. )

Taken from HERE

Healthy Comes First

Wednesday, March 9, 2011

Satu kajian yang telah dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya 3 sentimeter(cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi 3jam berterusan.

Menurut kajian lain yang dilakukan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7cm memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
.:sebagai contoh..17cm heels..:.
Lebih mengejutkan apabila sesetengah rekabentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit'.

Keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai 'visceroptosis' dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita yang memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui 'mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran.

Menurut kajian yang sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak didalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

.:sapa yang design ni???bek ngaku cepat..!!!..:.

Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg sandang belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara seimbang pada kedua-dua belah bahu.

.:kan ke comey if bawak beg cenggini kan?kan?kan?...:.

Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu. Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg dibawah jika ada kesempatan.

Jadinye, Cik Atie nak nasihatkan la kome2 yang obses dgn heels ni, tak salah nak bergaya tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri ok?

* Article taken from Harian Metro *