~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)

Risiko Penyakit Akibat Menonton TV Berlebihan

Thursday, April 21, 2011

Melbourne : Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, berkemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.

Kajian oleh Penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia 6 tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai 'arteri yang menyempit di belakang mata mereka'.

Ini meningkatkan peluang mereka untuk menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan semalam.

Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 7 tahun dari sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian ini.

Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.
Baca lebih lanjut disini

Komen Cik Atie kite...


Hmm, ade betol jugak kajian tu.. Budak-budak ni kalau tengok tivi, for sure la kopok kiri kanan. Mane la tak obesiti kan? InsyaAllah diabetes pun akan tersangkut sekali.. Tapi, bukan budak2 je wat perangai tak semenggah ni, remaja macam saya pun sama je 2x5.. hehe..

0 comments: