~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..



Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)

i'm a nanny

Saturday, November 27, 2010


cuti sekolah kembali lagi..sungguh best even aku da lame benti skolah..he2
terkenang zaman dolo2 time cuti skolah ni..msti terpacak depan tv nak tengok cite kartun je memanjang(sampai ari2 kene marah dgan mak..hu2)

tapi,itu semua crite lame..sekarang aku sudah naik pangkat daa..(naik umo ekceli..)but,layan lagi kartun2 tu..now,aku ade job baru time school break ni..jadi NANNY!!!..he2

last year,anak2 abang stay kt besout sbb 2hero tu bersunat,kali ni anak kakak aku pn join gak..nsb bek sorang je tpi penatnye nk layan karenah die..hu2..if adik aku tu kaki pau,anak2 ni pn ape kurangnye..kaki pau tahap ekstrem pnyeeee...huhu..

tapi,sekarang semua dah balik..tinggal sorang je kat rumah..hmmm..rindula saya..:(

Penawar Hati

Saturday, November 13, 2010

Dipetik dari seseorang(dah lupe la sape)yang memberi banyak motivasi kpada diri aku..layankan jela....

Tidak..Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya,jauhla perjalanan kita.
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang.
Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik. Sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr.Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka,'aku pasti bahagia kalau mendapat ini'.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu,
ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita,bahagianya orang itu. Hakikatnya,apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah,kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah,terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat kali ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat di tuju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandaraya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga dengan perkahwinan. Ia baik sebab dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya. Tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang..

" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat...
Kita menangis dan tertanya-tanya..
Kemanakah hilangnya sinar...
Rupa-rupanya..Allah mahu hadiahkan kita pelangi..."

perasaan itu..datang lagi...

Friday, November 12, 2010


syukur alhamdulillah..selepas adik aku dah selamat melangsungkan perkahwinannya,kami sekeluarga menerima satu lagi berita yang sangat2 gembira..memang berita ni aku tertunggu2 sejak dari bulan 6 lagi..

one day,kak ila sms aku.."dah sebulan lebih dh.."ringkas n selamba..

aku pun balas,"apa yang sebulan lebih tu??"cam bodoh2 alang sikit tanye..he2

die replied,"my baby la..dalam perut ni.."

aku pun terlonjak kegembiraan..masa tu kat library,punyalah tak sabar nak balik rumah nak inform mak & abah..(cam baby aku pulak..)

Alhamdulillah,sudah 6minggu & 2hari(3november 2010)..banyak lagi minggu nak kena tunggu ni..he2..like always,my mum memanjatkan kesyukuran..
"dah nak sedozen dah cucu mak.."kata mak dengan bangga giler..

tak sabar aku menanti anak aku yang ke-11 ni..tertanya2 jugak bila turn adik aku..he2..

The Day Has Come

Thursday, November 11, 2010


me :the day has come..
another me:what day??
me :today la..
another me:yela..what day?
me :ishh..malas nk layan..!!

yaaayyy....!!finally...the day has come..the day my luvly adik become a wife,the day aku mendapat adik ipar yang pertama,the day mak abah menerima menantu baru and the day aku menangis bagai nak rak dalam masjid..(touching sikit...)

lepas subuh,mak tugaskan aku ke pasar dengan abang untuk beli lauk pauk makan beradap..aku pun belasah jela beli ape yang aku suke..he2..then,balik rumah terus mandi sebab pagi tu jugak adik aku nak bernikah@masjid..punyala kelam kabut,dengan mak andam pun sampai lambat..(nasib bek makeup cantekkk...)

dalam pukul 9pagi,kami(abang,vi,adik,capik,maklong n anak,kakak is,yaya,nana,rin,pengantin-2bijik kete jerrr)bertolak ke masjid besout 3.mak abah x ikut,jadi aku & abang jadi wakil laa..wah2,sampai2 je dah penuh masjid tu sebab ada 3 pasangan pengantin akan bernikah pagi tu termasuk la adik aku..meriah sangat..(maafkanlah anak2 dibelakang tu..bukan apa,ngantuk+lapar..tok kadi wat forum perdana plak..he2..)

jangan ingat masuk bank je kena ambik no.giliran,nak nikah pun sama tau..hu2..dalam pukul 10.40am,selamat la adik aku menjadi seorang isteri kepada suaminya.airmata aku dah start nak mengalir dh time tu,tapi ditahan beb..(malu la,adik aku rilek je...)
Alhamdulillah,terasa satu beban tugas dah selesai..before keluar masjid,adik aku terus peluk aku..apa lagi,airmata yang aku tahan dari tadi keluar macam air hujan la..sampai tersedu2..

"dahla..jangan la nangis..nanti habis makeup ana.."

"ok2..kak ti tak nangis dah.."tapi dalam hati,sedih sebab lain pun ada..

sebab yang remeh je,tapi bila ramai yang start tanya,tak larat la nak jawab dah soalan cepumas tu..

"atie bila lagi nak kawen?jangan lama2..ciknor dah tak larat ni.."

tak tahu la apa kaitannya,tapi jawab jela.."jodoh tak sampai lagi..."sambil senyum kambing..(kambing pun tak senyum macam aku..)

ok,berbalik ke cerita tadi..sampai rumah je pengantin terus berdesup masuk bilik nak tukar baju kawen plak..aku pulak sambung kebizian aku ni dengan melayan kawan2 dan sanak saudara yang datang..

at 12.30pm,sampai la rombongan pengantin lelaki dengan diiringi kompang budak2..time tu baru teringat yang aku tak jenguk adik aku dalam bilik langsung..bila dia keluar bilik,dalam hati berdetik,"canteknye adik aku ni..."like a princess(bak kata capik..)

berjuta2 tahniah kepada adikku & husband..harap bahagia ke akhir hayat,dikurniakan anak yang soleh & solehah..

p/s:i love you laa..!!u r still my baby girl forever n ever..muahh!!

..the preparations..

Wednesday, November 10, 2010


bagi yang tinggal di bandar,mungkin jarang mengalami situasi begini.situasi yang mungkin hanya berlaku di kampung2.tak ketinggalan kampung aku nan indah ini.selalunya 2@3 hari sebelum kenduri kahwin,akan ada sesi bergotong-royong.macam tu la juga yang berlaku sebelum kenduri kahwin adik aku ni.

starting dari hari khamis lagi,rumah aku dah penuh dengan makcik2 blok yang datang bergotong-royong buat kuih cuq neram(some called telinga ke**ng).then,hari jumaat plak buat kuih lepat pisang & kuih sagu(untuk jamu orang yang akan datang hari sabtu utk pasang khemah & rebus telur)...ahh,lapar plak rase..

then,saturday morning bermula la segala adegan yang sangat2 memenatkan jiwa & raga..bermula dengan gotong-royong di dapur untuk menyiapkan jamuan kueh untuk makcik+pakcik yang datang.at 9pm,tolong makcik2 ni siapkan bunga telur pula..seronok rupanya keje ni.

at 11am,ke sungkai pulak nak menjemput pasangan bahagia akhir zaman..(adik n capik-her boipren)yang baru nak balik ke rumah sbb ade kelas day before.sempat la jugak menyoping buah-buahan untuk hantaran & makan beradap(ekceli,alasan untuk rest sebenarnya..he2)

at 2pm,my mum suruh pegi teman my bro-in-law & capik pergi rumah cik midah untuk mesin air tebu pulak..(hmmm....penatnye....)tapi,oleh kerana aku ni anak yang baik,turutkan aje perintah itu..

at 4pm,ke pekan pula untuk soping buah lagi..but this time,pegi dengan abang pulak.memang dah tak larat sangat2 time tu,tapi gagahkan jugak.sampai rumah,terus inaikan adik aku.simple je..then at 5.30pm,ke trolak met my bakal in-law yang akan sampai ke our rented homestay there.homestay yang sangat2 cantik & selesa(rasa macam nak beli sebijik je...)

lastly,sampai rumah 10minutes before 7pm..luckily,aku tak pengsan even badan dah penat sangat.aku rasa,ni la preparation yang paling extreme pernah aku buat.my mum too(sbb memang payah betol nak jumpa mak dat day..mak lagi b'ganda2 bizinye..)

Alhamdulillah,syukur ya Allah.segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar(masalah kecik tu banyak la...hehe..)