~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)

Healthy Comes First

Wednesday, March 9, 2011

Satu kajian yang telah dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya 3 sentimeter(cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi 3jam berterusan.

Menurut kajian lain yang dilakukan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7cm memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
.:sebagai contoh..17cm heels..:.
Lebih mengejutkan apabila sesetengah rekabentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit'.

Keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai 'visceroptosis' dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita yang memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui 'mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran.

Menurut kajian yang sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak didalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

.:sapa yang design ni???bek ngaku cepat..!!!..:.

Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg sandang belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara seimbang pada kedua-dua belah bahu.

.:kan ke comey if bawak beg cenggini kan?kan?kan?...:.

Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu. Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg dibawah jika ada kesempatan.

Jadinye, Cik Atie nak nasihatkan la kome2 yang obses dgn heels ni, tak salah nak bergaya tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri ok?

* Article taken from Harian Metro *

0 comments: