semalam saya ke ipoh sbab dipanggil untuk temuduga jawatan saya ni.memang excited nak pegi coz setelah 5tahun,saya akan menaiki keteapi..wah best betol!!plan nak tangkap la gambo keteapi ni,tapi setelah memikirkan segala risiko di'ngata' orang,saya pendamkan aje hasrat itu..hehe
seronok jgak ye naik keteapi ni(thanks kak zu sbab bawak saya nek train..huhu). sesampainya di HQ, barulah terasa ketaq lutut bagai. keexcitedan(ade ke ayat ni?)saya pun dah hilang, lagi la gemuruh bila nampak pegawai2 yang nak interview saya nanti. Saya rasa macam nak pi akad nikah plak.. haha
at last, at 11.40am turn saya la pulok. memang dah tak ingat ape2 dah, ingat nak balik rumah je. and i think, dat was the longest 10mins in mylife laa. luckily, the officers tak la cengeh semacam, boleh lagi la bergurau senda. but, alhamdulillah semua dah setel skrang & saya boleh tido lena selena-lenanya(tu diaaaa..)
tapi, tak semua berakhir dengan gembira. kaki saya dah melecet, ni semua gara2 pakai high heels la ni. saya nak wat confessions sket u ols, saya ni tak pernah pun pakai high heels seumo hidop(very pathetic bukan?). biasala gadis kampung..:)
Inilah penyebab saya sakit kaki arini. Kasut ni saya dah beli 2 tahun lepas n tak pernah pakai pun. Betul cakap my mum, saya suke membeli tapi jarang memakai. haha..
Tapi, sebab dah terdesak terpaksa la pakai. Takkan nak pakai sandal-cap-ayam-mak-saya pulak kan..
Oh ye, semalam juge adalah hari lahir mak kesayangan saya yang ke-55. Tak sempat nak membeli ape2 sebab sampai rumah pun dah petang nak injak ke malam. Plan nak beli kek, tapi kek besday abah saya aritu pun dok membeku dalam peti ais.
Nak beli cupcakes, kedai pulak dah tutup. Kesudahannya saya ke kedai beger anak jiran saya sebelah umah n belanja mak saya makan banjo..Huhu, tu je saya mampu selain dari ucapan saya awal2 pagi pukul 5.45am sebelum ke stesen(mak saya baru bgun tido time tu, mata pun terkebil2 terima kiss saya..hehe)
p/s:SELAMAT HARI LAHIR MAK..I LOVE YOU SO MUCH..
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment