~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)

Ikan oh ikan

Saturday, April 30, 2011

Assalammualaikum...

Hadoiii.. penat sungguh hari ni. Pagi tadi pukul 10, saya ada aktiviti dengan kanak-kanak rebina ni. Aktiviti yang memerlukan diaorang memerah kreativiti masing-masing. Tapi, saya pulak yang penat otak. Penat betol la haiii melayan bebudak ni..T_T""

Aktiviti untuk hari ni adalah Aktiviti Menghias Ikan (men hentam je namenye..). Ni pun sebab bebudak ni dok pujuk2 saya dari lastweek lagi suruh buat aktiviti minggu ni. Saya pun turutkan jela..


Maleh dah nak cakap banyak, meh la layan gambo2 ni yeee.. (penat sesangat ni....kunun..)


V

V

V

.:ikan ni saya yang lukis tau..huhu..:..:sesi mengerah keringat...:..:ikan di lautan...:.

Terima kasih adik2 ku sayang.... =)

Macamana nak setel??

Thursday, April 28, 2011

Selamat pagi kawan2 ku.. =)

Semalam ade berita tergempar kat sekolah menengah sebelah library ni. Ada kes histeria.. OMG.. seriau nye saya dengar. Dulu2 tak pernah pulak saya dengar kes2 sebegini. Yang peliknye, even sebelah menyebelah, takde pulak saya dengar budak2 menjerit walaupun informer saya cakap lebih kurang 20 orang student terkena histeria ni.. (informer saya budak2 sekolah jugak.. hehe.. )



( Tapi, time saya tengah taip ni, rasa macam terdengar ade budak menjerit la.. takutnya.. dahlah sorang2 kat library... )



Ok.. stop cite histeria ni. Hari ni saya nak menyuarakan masalah yang sedang saya, mak & abah hadapi sekarang ni. Agak2 kalau buat aduan ke Aduan Rakyat tu, di terima tak? Mungkin akal pun tak boleh terima.. haha..



Citenye cenggini. Ahad lepas mesin-basuh-mak-saya-yang-dah-berkurun tu rosak. Memang mesin tu dah lama berjasa pada kami sekeluarga. Dari saya kecik hingga la sebeso ini.. (ok, takde kene mengena..)


As usual, bapak-saya-merangkap-superhero-keluarga telah me'repair' kan mesin itu. Tapi, mungkin sebab bapak saya yang dah olredi veteran tu dah maleh nak pikio macamane nak handle the situation, lalu my abah pun amik keputusan beli mesin baru...:tadaaa....:.



Kunun2 nak surprisekan mak saya. Tapi, memang terkezut pun. If mesin lama tu manual-type, yang baru bapak saya beli fully-auto.. hamekk kau..



Mula2 hepi la jugak sbb auto kan. Tapi, masalah hidop saya ni, saya ni bukan jenis hidupnye moden yaa amaatt.. Henset pun koman.. Bukannye blackberry ka, blackberra ka, mulberry ka, strawberry ka.. Biase jerr..


.:tak ke koman henset saya ni???... henset budak2 sekolah lagi canggih rasenye...:.



Memang la mesin tu ada sediakan manual. Tapi, lau baca 40kali pun tak paham, nak buat lagu mana lagi kan?? huhu.. Penat saya proses mesin tu, tah apa masalah nye tah. Nasib bek kakak saya balik sini minggu ni. Boleh la masuk kelas 'cara2 menggunakan mesin basuh otomatik'.. Menyampah dah rasa.. (~_~)""


( Basuh baju pakai tangan la jawabnya... )

Berjaya jugak saya membelinya

Wednesday, April 27, 2011

Cerita ni dah lama. Tapi baru sekarang saya nak 'highlight'kan dalam belog-cap-itik saya ni. Kejadian ini berlaku minggu lepas(ececeh..debo2 lak..)..

Last week saya ke N9(yeahh again...). Semua orang bekerja, so tinggal saya, mak n adik bongsu je kat rumah. Tetibe, adik saya si ana mesej & suruh saya beli something. Something yang seumo hidop tak pernah saya beli & benda yang boleh mendatangkan fitnah pada anak dara macam saya ni.. huhu..

Oleh kerana si ana habis kerja pukul 8mlm, jadi saya pun tolong la dia. So, saya pun merempit la ke farmasi berdekatan.

Dalam perjalanan, dok terpikir-pikir macamane nak cakap dengan penjual tu. (ala, cakap jela kan...).. Sesampai di farmasi, saya pun terjenguk-jenguk cari tukang kedai.

Pekedai : Cari ape dik?

Saya pulak teragak-agak nak cakap. Padahal bukan ade orang kenal saya pun kat N9 tu..

Saya : Nak beli pregnancy test.... (malu2 la kunun...)

Pekedai : Nak yang jenis titis ke celup?

Haa ni lagi satu yang saya tak gemor ni.. Saya paling tak suka diajukan soalan yang saya tak reti nak jawab..

Mungkin kerana pekedai tu tengok saya terkulat2 nak jawab, die tanye soalan yang agak mudah(alaaa budak tadika pun boleh jawab..).

Pekedai : Nak yang RM5 ke RM8??

Saya : Bagi la RM8 punyerrrr...(sepantas kilat tanpa ragu2...adoiii haiii...)


Tah ape ape je cik atie kite ni. Panik tak bertempat. haha.. Inilah hasil pembelian saya pada hari itu. :)

Alhamdulillah, adik saya pun dah disahkan positif hamil 2bulan. Berbaloi jugak usaha keras dia. huhu.. Saya doakan moga2 tiada sebarang musibah melanda & sepanjang kehamilan ni, adik saya dikurniakan kesihatan yang baik. Amin...

I love the kids..!!

Tuesday, April 26, 2011


Assalammualaikum semua..

Hari ni sepatutnya saya ade meeting @ Teluk Intan tapi last2 minit kensel la pulak. So, keje lah saya seperti biasa.

Saya pasti ramai yang tak tahu bahawa 23hb April setiap tahun adalah Hari Buku & Hakcipta Sedunia. Ekceli, sebelum ni saya pun tak tau. Dah keje library ni, barulah diinpom by bos.. :)

Setiap tahun, semua perpustakaan akan menjalankan ape jua aktiviti yang dipikirkan sesuai. Salah satunye, Let's Read Together dimana setiap pengunjung akan meluangkan masa 5-10 minit atau lebih untuk membaca buku. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lagi orang ramai dengan kegiatan membaca ni.

Saya pernah terbaca satu kajian tapi lupa la kat mana yang mengatakan purata rakyat Malaysia membaca buku adalah 2 buah setahun je..Perghhhh dasattt...

Jadinye, sempena dengan hari buku sedunia ni, saya plan aktiviti baekk punye untuk mengisi masa lapang adik2 kite ni. Walaupun kurang peserta, tapi saya tetap berbangga dengan mereka2.. Big hug for them..!!.:tekunnyee...:.
.:inilah hasilnye walau tak seberapa..huhu..:. .:adik2 kite yg kreatif..:..:anak2 yang comey lotey...:.

Risiko Penyakit Akibat Menonton TV Berlebihan

Thursday, April 21, 2011

Melbourne : Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, berkemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.

Kajian oleh Penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia 6 tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai 'arteri yang menyempit di belakang mata mereka'.

Ini meningkatkan peluang mereka untuk menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan semalam.

Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 7 tahun dari sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian ini.

Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.
Baca lebih lanjut disini

Komen Cik Atie kite...


Hmm, ade betol jugak kajian tu.. Budak-budak ni kalau tengok tivi, for sure la kopok kiri kanan. Mane la tak obesiti kan? InsyaAllah diabetes pun akan tersangkut sekali.. Tapi, bukan budak2 je wat perangai tak semenggah ni, remaja macam saya pun sama je 2x5.. hehe..

Atie si Perindu Cucur Bawang

Friday, April 15, 2011


Assalammualaikum dan salam jumaat kawan2 ku sekalian..

Arini nak cite kesinambungan(tu diaaa..)cerita semalam masa saya berpoya-poya ke N.9. As usual, kalau ke sana, saya memang selalu singgah MPH Bookstore kat Giant tu. Misi saya kali ini nak membeli novel abang Ramlee kite tula. Even novel ni memang dah lama publish(1st published 2005 if not mistaken laa..), saya tetap nak beli jugak sebab saya tak baca lagi. Lantak teman le dakk.. hehe..

Inilah novelnyerrrrr.....
Novel ni saya tak habis baca lagi. Saya baca sebelum tido, tu pun 3 4 helai je. Patutlah lambat nak habiskan. hehe.. kalau nak baca sinopsis novel Rahsia Perindu ni dan novel2 abang Ramlee yang lain KLIK SINI ok.. kalau rase2 nak pinjam koleksi novel abang Ramlee kat saya pun, no hal je.. datang rumah @ library ok.. (khas utk penduduk Besout jerrrr...)

Selain dari novel abang Ramlee ni, saya baru je habis baca satu lagi novel yang agak menarik yang dipinjam dari budak Huda yang comey lote tu. Baik hati sungguh budak ni.. hehe.. Kalau saya ade adik laki, dah lame saya tolong usha kan.. hahaTajuk novel ni Cucur Bawang & Kopi 'O' by Hasrudi Jawawi.. Dah jadi trend sekarang ni, tajuk novel mesti nak yang pelik2. Mungkin nak tarik perhatian remaja2 macam saya kot..(kunun...) Nak baca sinopsis? KLIK SINI k..So, sape2 yang nak bace tu, pegilah ke kedai buku berhampiran ye sebab jalan cerita yang memang best dan kenalah dengan jiwa remaja u ols tu... :)

Sizzling Mee & Nasi Ayam Claypot..yummy..!!

Tuesday, April 12, 2011

Dah lama rasenya tak update blog. Cik atie bukan menghilang kemana-mana, jauh sekali ke London. Tidaaakk.. 3 hari saya bercuti ke N.9.. tu jela tempat persinggahan saya pun. Cuma kali ni, travelling sorang2 tanpa mak abah. Ekceli, dis time kena teman ikan buntal kesayangan saya tu cari kerja sebab die baru benti koje. Nak harap kakak2 yang lain, sumenye berkerjaya.. (kunun laaa...)


So, dah penat round satu N.9 (cehhhh...) we ol pun singgah Giant nak lunch. Tetibe je rase nak makan sizzling mee even dlu dh penah makan tapi tak sedap pun. Mula2 nak order, tapi last minit ubah pikiran pulak. Saya order Nasi Ayam Claypot. My sis order mee. Rope2nye u ols, mee tu dah makin sedap laa.. Masih terbayang2 lagi kesedapannyerrrr.. huhu...:sila lap air liur memasing yeee...:.

.:tu diaaaaaaaaaaa.....:.


.:nasik ayam claypot..boleh tahan gak..:.

.:bulatnye cik atie kitee...:.