~ It's MyLife..It's My Story.. ~

i'm just a typical scooter girl and the books is my world..




Saya Mahu...

Saya Mahu...
kumpul $$ banyak2..nk beli kamera ni sebijik..hehe..:)
Showing posts with label kerja kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja kerja. Show all posts

Cikgu Atie?

Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Guru..!!! (walau dah 4hari berlalu.. Sorila cik Atie meme lembap sikit..hehe)

Saya pasti ramai yang taktau sebeno-benonye saya dulu penah jadi cikgu tau.. (cehh..ada aku kesah..??).. Okla, taula cite ni tak penting, tapi kene baca sampai habih gak yee..

Dulu2 tahun 2007 masa saya masih muda(err..skang pun muda belia lagi..)masih belum dapat kerja, tapi kerjanya hari2 makan tido je, saya pun cube nasib anto resume & surat apply keje kat PPD Tapah dengan harapan adelah keje untuk saya.

Alhamdulillah selepas 2minggu saya dapat kol dari PPD suruh saya datang interview. Time tu tak takut pun sebab saya dah pegi 4kali interview SPA..(eksen tak saya???..)

Ekceli, seumo hidop saya tak penah tau kat mane terletaknye pejabat PPD tu. Thats why saya & abah boleh sesat pagi tu..*sighh..*

Tapi, saya tak kisah. My abah is my superhero la. My abah la penyetel segala problem walaupun dah terlewat sampai. Alhamdulillah, ade kekosongan kat sekolah menengah besout ni merangkap sekolah saya juga. Nak jadi cite, hari tu jugak saya kena start lapor diri & mengajor. Humangaiihhh...

Dari saat itu, jadilah saya seorang guru bahasa melayu...dan sastera..dan pendidikan seni..dan pendidikan jasmani..hamek kau tie..!! ingatkan ngajo BM je, skali sume subjek cikgu yang cuti tu saya kena amik alih. Sabo jelah. Ditambah pulak dengan 7kelas yang perlu diajar. Gila laaa...

Takpe, oleh kerana saya sangat tabah & gojes saya go on je. Takkan nak stop pulak kan, kang tak pasal2 kena ceramah ngan cikhamid n cikmah. So, bermula lah kehidupan baru sebagai seorang guru(cikgu ganti je punn..)

Moment yang paling saya ingat, time saya ngajo sastera form 4. Dulu time sekolah saya tak amik subjek sastera, jadi nak tak nak sebelum masuk kelas saya sendiri kena baca buku dulu takut2 'terkucil' dalam kelas. Bila dah sampai masa, saya masuk ke kelas. Hari tu nak ajar sajak. Saya suruh budak2 ni baca tapi dieorang suruh saya baca dulu. Ahhh sudah.. dah le tak gheti.. Ok, takpe saya baca.. Last2 satu kelas pakat gelak kat saya sebab dieorang cakap saya baca macam pembaca berita.. Ade ka patut???

Memang tak patut kan? Walaupun saya ngajo tak lama dalam sebulan lebih je, tapi itulah antara momen manis dalam hidup saya. Dapat jugak saya curah bakti pada budak2 besout ni. Walaupun dah benti keje n start keje kat library ni, masih ade lagi bekas2 anak murid yang panggil saya cikgu.. Terharu derrrr...

Wah2 panjang pulak entry kali ni, bukan ape cuma nak berkongsi cerita.. Pada semua guru2, Selamat Hari Guru, jasa kalian tetap dikenang..=)

Ikan oh ikan

Saturday, April 30, 2011

Assalammualaikum...

Hadoiii.. penat sungguh hari ni. Pagi tadi pukul 10, saya ada aktiviti dengan kanak-kanak rebina ni. Aktiviti yang memerlukan diaorang memerah kreativiti masing-masing. Tapi, saya pulak yang penat otak. Penat betol la haiii melayan bebudak ni..T_T""

Aktiviti untuk hari ni adalah Aktiviti Menghias Ikan (men hentam je namenye..). Ni pun sebab bebudak ni dok pujuk2 saya dari lastweek lagi suruh buat aktiviti minggu ni. Saya pun turutkan jela..


Maleh dah nak cakap banyak, meh la layan gambo2 ni yeee.. (penat sesangat ni....kunun..)


V

V

V

.:ikan ni saya yang lukis tau..huhu..:..:sesi mengerah keringat...:..:ikan di lautan...:.

Terima kasih adik2 ku sayang.... =)

I love the kids..!!

Tuesday, April 26, 2011


Assalammualaikum semua..

Hari ni sepatutnya saya ade meeting @ Teluk Intan tapi last2 minit kensel la pulak. So, keje lah saya seperti biasa.

Saya pasti ramai yang tak tahu bahawa 23hb April setiap tahun adalah Hari Buku & Hakcipta Sedunia. Ekceli, sebelum ni saya pun tak tau. Dah keje library ni, barulah diinpom by bos.. :)

Setiap tahun, semua perpustakaan akan menjalankan ape jua aktiviti yang dipikirkan sesuai. Salah satunye, Let's Read Together dimana setiap pengunjung akan meluangkan masa 5-10 minit atau lebih untuk membaca buku. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lagi orang ramai dengan kegiatan membaca ni.

Saya pernah terbaca satu kajian tapi lupa la kat mana yang mengatakan purata rakyat Malaysia membaca buku adalah 2 buah setahun je..Perghhhh dasattt...

Jadinye, sempena dengan hari buku sedunia ni, saya plan aktiviti baekk punye untuk mengisi masa lapang adik2 kite ni. Walaupun kurang peserta, tapi saya tetap berbangga dengan mereka2.. Big hug for them..!!.:tekunnyee...:.
.:inilah hasilnye walau tak seberapa..huhu..:. .:adik2 kite yg kreatif..:..:anak2 yang comey lotey...:.

'Boleh Saya Bantu?'

Thursday, March 31, 2011

Assalammualaikum..


Adui penatnye saya hari ni.. Veri2 tired. Pagi2 sampai lib, terus tanam pokok bunge taik ayam dalam pasu. Tu pun cilok pokok mak saya. Nak buat macamane, pokok tu jelah pun yang senang hidup.. T_T

Then, siram pokok2 bunge saya yang 'alahai' tu. Sian, dah lame tak bersiram dengan penuh kasih sayang. Patutlah 'segar bugar' ya amat..

Then, sambung balik kerja2 susun buku yang tertangguh semalam. Eh cite pasal buku, kerja kat lib ni memang kene rajin baca buku tau.. Contoh,


" kak, ade tak novel2 yang seram bagai? "


atau,


" dik, ade tak buku pasal jahit2 baju ni?? "


atau,


" akak, adik saya suka buku pasal katak. Ade tak?? "


dan begitulah seterusnya..


Saya ni, memang dari azali suke baca buku. So, kire banyak jugaklah buku2 yang saya dah baca kat lib ni. Bila user datang cari buku, memang sedaya upaya saya akan cari sampai dapat! Sebabnya, saya cepat kesian dengan orang. ( dahla santek, baik hati plak tu... )


So, bila user datang cari buku secara tak langsung saya boleh rewind balik kepala otak saya ni samada buku tu ade atau tak. Eh, u ols jangan ingat lib saya kecik buku pun sikit tau. Ade lebih kurang 8000++ buah buku kat sini! Semua 'nakal2' belaka. hehe..


Ni nak cite plak pasal satu kejadian yang melibatkan seorang kanak-kanak dengan seorang remaja iaitu saya. Macam ni lebih kurang dialognye..


Budak : " acik, kakak saya nak pinjam novel cinta. Acik carikan boleh?? "


Saya : ( acik???? ) " Ok, tunggu jap acik carikan "


Dah puas godek2 rak buku tu, saya pun cop tarikh pulang & bagi novel tu kat kanak2 rebina tersebut.


Budak : " acik, betol ke ni novel cinta? "


Saya : " Yela sayang, betoi la tu.. "


Budak : " Tapi, nape kat sini tak tulis perkataan cinta pun???? "(sambil tunjuk kat cover novel tu)


Saya : " erkkk....."


Terdiam saya. Nak terang lebih2 kang jadi ajaran sesat pulak. So, saya bagi senyuman ikhlas sajelah.. (",)

Saya Yang Menurut Perintah

Thursday, March 10, 2011


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Usaha Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan perkhidmatan pinjaman buku dari pintu ke pintu bagi meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat desa tidak mencapai matlamat yang diharapkan.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati, daripada 1,089 perpustakaan desa yang beroperasi di seluruh negara, tidak sampai 10 peratus mencapai matlamat yang disasarkan menerusi kempen diperkenalkan tersebut.

Sedangkan peruntukan untuk membina 475 perpustakaan desa sejak 2005 melebihi RM150 juta, itu belum termasuk kos gaji kakitangan iaitu hampir RM24 juta setahun.Bakinya iaitu 614 perpustakaan desa lagi sebelum itu diletakkan di bawah peruntukan dan kendalian kerajaan negeri masing-masing.

Lebih menghampakan apabila purata nisbah pinjaman buku oleh kira-kira 1.3 juta ahlinya hanya 1:4 setahun berbanding nisbah bacaan buku kebangsaan yang dikeluarkan iaitu 1:8 hingga 12 buku setahun.

Dibandingkan dengan nisbah-nisbah tersebut, Malaysia sebenarnya masih jauh ketinggalan untuk mencapai tahap bacaan rakyat di negara-negara maju seperti ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 1:20 buah buku setahun.

Melihat perkembangan terbaru ini, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar adalah antara individu yang paling kecewa.

“Kita melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan aktiviti melibatkan masyarakat setempat untuk menarik minat mereka mendekati perpustakaan desa.

“Malangnya langkah ini belum lagi memberi kesan yang dikehendaki,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Malah beliau kesal langkah menerapkan budaya membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar menerusi kempen dari pintu ke pintu yang diuar-uarkan sebelum ini belum menampakkan kesan terbaik.

“Dalam Konvensyen Perpustakaan Desa di Johor Bahru pada 2009, kita telah menggariskan beberapa resolusi ke arah melahirkan masyarakat membaca termasuk perkhidmatan dari pintu ke pintu. Namun hingga kini matlamat yang kita sasar masih belum dicapai sepenuhnya,” kata beliau.

Antara faktor mengekang pencapaian tersebut ialah pegawai perpustakaan gagal melaksanakan peranan mereka dengan baik.

“Ada beberapa perkara yang sering ditimbulkan apabila membangkitkan isu kegagalan menjayakan perkhidmatan pintu ke pintu.

“Ini termasuklah soal kedudukan pegawai perpustakaan sebagai kakitangan kontrak, aspek keselamatan ketika menjalankan tugas dan elaun pengangkutan.

“Semua isu ini sedang kita perhalusi dan perbincangan juga sedang dijalankan bagi mengatasi segala kekangan yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, di sebalik kegagalan matlamat sebahagian besar perpustakaan desa tersebut, tidak dinafikan masih ada yang berjaya.

“Bukan semua perpustakaan desa gagal, ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang hasil komitmen pegawai dan kakitangannya. Sikap seperti ini yang seharusnya dijadikan contoh oleh mereka,” katanya


At first, sangat terkejut dan teruja bile benda ni keluar paper. Tapi lame2 rase menyampah la sangat2. Bak kate member saya yang muka die keluar paper dat day, " rase macam minum air sirap, tapi tak rase manis cume rase pahit ". Lebih kurang la..


10minit terpanjang dalam hidup..**sigh**..

Wednesday, January 19, 2011

semalam saya ke ipoh sbab dipanggil untuk temuduga jawatan saya ni.memang excited nak pegi coz setelah 5tahun,saya akan menaiki keteapi..wah best betol!!plan nak tangkap la gambo keteapi ni,tapi setelah memikirkan segala risiko di'ngata' orang,saya pendamkan aje hasrat itu..hehe

seronok jgak ye naik keteapi ni(thanks kak zu sbab bawak saya nek train..huhu). sesampainya di HQ, barulah terasa ketaq lutut bagai. keexcitedan(ade ke ayat ni?)saya pun dah hilang, lagi la gemuruh bila nampak pegawai2 yang nak interview saya nanti. Saya rasa macam nak pi akad nikah plak.. haha

at last, at 11.40am turn saya la pulok. memang dah tak ingat ape2 dah, ingat nak balik rumah je. and i think, dat was the longest 10mins in mylife laa. luckily, the officers tak la cengeh semacam, boleh lagi la bergurau senda. but, alhamdulillah semua dah setel skrang & saya boleh tido lena selena-lenanya(tu diaaaa..)

tapi, tak semua berakhir dengan gembira. kaki saya dah melecet, ni semua gara2 pakai high heels la ni. saya nak wat confessions sket u ols, saya ni tak pernah pun pakai high heels seumo hidop(very pathetic bukan?). biasala gadis kampung..:)


Inilah penyebab saya sakit kaki arini. Kasut ni saya dah beli 2 tahun lepas n tak pernah pakai pun. Betul cakap my mum, saya suke membeli tapi jarang memakai. haha..
Tapi, sebab dah terdesak terpaksa la pakai. Takkan nak pakai sandal-cap-ayam-mak-saya pulak kan..

Oh ye, semalam juge adalah hari lahir mak kesayangan saya yang ke-55. Tak sempat nak membeli ape2 sebab sampai rumah pun dah petang nak injak ke malam. Plan nak beli kek, tapi kek besday abah saya aritu pun dok membeku dalam peti ais.

Nak beli cupcakes, kedai pulak dah tutup. Kesudahannya saya ke kedai beger anak jiran saya sebelah umah n belanja mak saya makan banjo..Huhu, tu je saya mampu selain dari ucapan saya awal2 pagi pukul 5.45am sebelum ke stesen(mak saya baru bgun tido time tu, mata pun terkebil2 terima kiss saya..hehe)


p/s:SELAMAT HARI LAHIR MAK..I LOVE YOU SO MUCH..

Program Literasi Felda..4 da 1st time..

Thursday, June 3, 2010



4 the 1st time(i guess),rmai bebeno pngunjung dlm lib aku ni..haha..x rse b'slah lgsung..when felda kol n ckp depa nk wat program kt lib 2nd n 3rd june ni,rse cam 'ala..malehnyeeeeeeeeeeeeeee..'
but then,rse sronok plak jmpe rmai cikgu2 literasi ni..best gak..nynyi2 lgu bdak2,blajo ckp omputih..best la sgat...



huhu..meriah tol lib aku..sronok tgok org rmai2 ni..tpi,dok pning pikir hal kt umah..pelamin nk pasang arini,kt umah ade mak n adik je..xleh la aku nk komen ape2 nnt..hu2..
whatever pn,all the best la utk cikgu2 literasi ni..sungguh penyabar orgnye dieorg ni..t'kjut aku tgok dieorg ngajo bdak2 umo 2 3 thun ni..he2..